assalamualaikum semua.
ini adalah kali pertama untuk saya, kongsikan jalan penyelesaian kepada masalah
'ADAPTER WIFI TIDAK BERFUNGSI DENGAN ELOK' untuk window 8.1 seperti aku.
jadi seperti yang anda semua tahu,tanda2 yang menunjukkan bahawasanya adapter wifi anda bermasalah adalah seperti.. berikut.. *jengjengjeng.. *drum rolling piaw2 punya.. *kod A major second position dimainkan secara plucking..
1.laptop anda tidak dapat men'scan' wifi signal yang berada berdekatan dengan anda.
2.anda kena shutdown banyak2 kali,restart banyak2 kali untuk 'memaksa' wifi adapter anda men'scan' signal wifi yang ada berdekatan dengan anda.
3.bila dah settle bab2 shutdown/restart ni,maka dah jumpa lah signal wifi yang diingini,AKAN TETAPI, anda tidak boleh connect dengan signal wifi tu padahal phone anda boleh je guna.(macam2 hal lahhhh)
4.bila dah connect,dekat kiri dalam list pencarian wifi tu,ditulis connect,tapi bila alihkan cursor ke icon wifi di bawah kanan tu pulak,dia stuck dekat 'identifying network' memanjang sampai ke sudah. last2 menyirap takleh guna,tutup je laptop terus.
5.ok lah,korang dah dapat connect kan.. dah boleh surf internet setelah bertungkus lumus settle kan masalah di atas.. tetiba tengah2 surf tu.. wifi adapter anda memandai je drop connection korang sesuka hati. lepas tu,bermula lah semula peperangan nak dapatkan signal wifi tu balik.. haaaa
6.ade banyak lagi.. jadi menyirap aku nak ceritakan masalah yang aku alami.
Ok. so setakat ini,siapa yang dah alami sedikit daripada kesemua tanda2 yang aku list kan itu tadi,maka korang punya jalan penyelesaian adalah dengan UPDATE DRIVE UNTUK ADAPTER WIFI korang. update yang paling latest. aku taknak terangkan cemana nak update benda alah tu.. korang google sendiri.. ok? ok settle untuk yang itu.(atau korang nak try solution seterusnya pun boleh jika dah cuba update tapi tak elok2 jugak,disarankan ikut solution seterusnya)
Ok. untuk yang dah alami semua tanda2 tu,dan dah cuba update driver,dan uninstall dan install semula driver korang,dan restart modem wifi korang,dan duduk betol2 depan modem tapi still tak boleh.. dan hantar kedai format laptop tapi still ada masalah ni.. so satu je jalan penyelesaian korang yang korang ada sekarang ni.. jawapannya adalah.. TUKAR ADAPTER WIFI korang. (pastikan korang amek adapter wifi dari laptop yang dah takleh guna,dan pastikan saiz dia sama.. window 7 ke window 8 ke,asalkan masa dia elok dulu,wifi adapter dia elok,amek je.. gantikan dengan yang sekarang ni ok? jangan pergi bedah laptop yang masih elok lagi.. kang rugi kang haaa..) Macam aku,dulu masa aku alami masalah ni,aku guna wifi adapter yang berdaftar di bawah syarikat ralink. dari apa yang aku amati,aku google-ing,kaji sana kaji sini.. syarikat yang mengunakan nama ralink ini,memang mempunyai masalah dari segi wifi adapter ni.. so mana2 laptop baru2 yang menggunkan adapter dari ralink,50% dari itu akan alami masalah. mungkin lebih. mungkin semua sekali akan alami masalah ni. so dipendekkan cerita, aku tukar wifi adapter atau lebih dikenali sebagai wifi card,daripada ralink kepada broadcom. Lepas pasang tu,on je laptop balik,terus.. nah kau.. berderet signal wifi dia detect.. haaa nampak? nampak? tu lah masalah dia.. ok disini aku sertakan beberapa gambar semasa aku tukar wifi adapter aku.. dua2 laptop hp.. cara bukak dia senang je.. tak susah..
yang aku focus kat belakang tu,yang dah lekat dalam laptop tu,tu wifi adapter yang aku dah gantikan.. adapter yang elok.. aku ambik dari laptop hp lama aku yang dah rosak.
gambar dibawah atas menunjukkan yang aku sedang guna. broadcom network adapter
tengok. betol tak aku kata? pengguna ralink akan mengalami masalah seperti ini. sampai ada yang kata, 'i will buy no more hp product'.. hah nampak sangat hp dah tak sayang pelanggan diorang.
cara2 nak bukak dan tanggalkan adpater tu :
1.rujuk gambar no 2.
2.perhatikan di bucu kanan adapter itu,terdapat skru kecik.
3.disebelah kiri pula ada wire hitam.
4.cabut perlahan2 wire hitam tu.
5.bukak skru kecik tu.(PERHATIAN! JANGAN SAMPAI SKRU DRIVER ANDA TERCALARKAN ADAPTER ANDA. HARDWARE KALAU ROSAK,KENA ORDER LAIN. MAHAL!!!!)
6.dah pasti takde apa yang melekat dekat adapter tu,maka terus je cabut adapter tu perlahan2.(TOLAK KELUAR,BUKAN TARIK KE ATAS)
7.ambil adapter baru,pasang seperti mana anda bukak tadi.
[SEGALA KEROSAKAN AKIBAT MELAKUKAN PROSES INI,ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. BERANI BUAT,BERANI TANGGUNG. ROSAK SEKALI,PENGALAMAN. ROSAK LAGI SEKALI,MEMANG NAK KENA LAH TU]
sekian sahaja daripada saya incik wan,untuk entry kali ini. seeyaaa!!



